First sekali aku rasa frust jugak bila kerajaan umum harga minyak naik.. Ye lah sebab sebelum ni dah janji minyak takkan naik lepas PRU, tapi nak buat macamana, untuk pastikan ekonomi negara terus kekal berkembang dan untuk kurangkan defisit fiskal terpaksa juga aku terima.. Cuma aku agak kecewa dan kesal dengan sikap segelintir rakyat Malaysia membuat tuduhan membabi buta tentang kenaikkan harga minyak ini..
Ada yang kata bahawa subsidi minyak di Malaysia sepatutnya setaraf dengan negara Arab dan negara negara pengeluar minyak terbesar yang lain, tapi kita harus memikirkan bahawa kuantiti pengeluaran minyak di Malaysia tak sama seperti di negara negara Arab..
Hasil keluaran minyak negara kita hanya sekitar 623,900 barel minyak sehari, manakala Arab Saudi mengeluarkan 11.1 juta barel sehari.. Sudah tentu dengan keuntungan yang diperolehi Arab Saudi lebih besar dan mampu untuk menurun harga minyak kepada taraf yang lebih rendah daripada kita.
Hasil minyak negara kita bukan hanya digunakan untuk subsidi minyak sahaja. Anda harus ingat bahawa hasil untung Petronas merangkumi sebanyak 40% jumlah keseluruhan bajet negara. Dalam bajet negara, peruntukkan untuk pembinaan pembanggunan seperti hospital, sekolah, jalanraya dan segala bagai infrastruktur, subsidi minyak, subsidi barang asas dan lain lain juga hasil daripada keuntungan Petronas..
Mungkin ada yang tertanya tanya mengapa keuntungan Petronas meningkat dengan mendadak tetapi harga minyak tidak turun? Pertama sekali, untung Petronas meningkat secara mendadak bermula tahun 2008 disebabkan peningkatan harga pasaran minyak dunia. Minyak di perairan Malaysia sangat bermutu tinggi, sebab itu minyak Malaysia dijual dipasaran antarabangsa.. Peningkatan keuntungan harga minyak yang mendadak turut dialami syarikat minyak antarabangsa seperti Shell dan Exxon Mobil. Pada masa yang sama, sumbangan Petronas terhadap bajet negara terus meningkat saban tahun.
Petronas adalah syarikat dan bukan semua keuntungnya digunakan untuk subsidi semata-mata. Kita pun belum tahu berapa lama lagi rizab simpanan minyak mentah kita mampu bertahan.. Bidang petroleum memerlukan satu dana yang besar untuk melakukan kerja kerja kajian, RnD dan cari gali.. Sebab itu Petronas kembangkan sayap pelaburan mereka di negara negara luar..
Tak lama lagi pula, Amerika Syarikat akan menjadi pengeluar minyak terbesar di dunia, sedikit sebanyak akan menjejaskan keuntungan Petronas dan syarikat minyak lain. Sudah pasti Malaysia tidak dapat bergantung kepada hasil minyak sendiri sebagai subsidi.Jika sekarang kerajaan menanggung subsidi yang tinggi untuk petrol dan diesel, bermakna ianya akan mencacatkan pertumbuhan ekonomi dan pembanggunan dimasa akan datang..
No comments:
Post a Comment