Thursday, 19 September 2013

MCA PUN NAK ABU MAYAT CHIN PENG BAWA BALIK MALAYSIA ??



Aku pun tak tahulah nak cakap pa dekat parti cina dalam BN nie..Bila tegur lebih lebih kang nanti melenting..Tapi bila biar makin menjadi jadi pulak..

Baru ni Ketua Pemuda MCA pertikai agenda permerkasaan ekonomi bumiputera.. Semalam pulak Naib Presiden MCA desak kerajaan benarkan mayat abu bapak komunis yang mampos 16 September kat Bangkok dibawa pulang ke Malaysia katanya sebab hormati perjanjian Hatyai..

Kata Gan lagi semua agama tuntut penganutnya saling memaafkan.. Memang betul semua agama minta penganutnya saling bermaafan..Tapi bagi aku orang cina bukan bangsa yang nak maafkn orang.. Tengok sajalah apa yang jadi sekarang.. Walaupun BN bagi segala bagai apa yang orang cina mau, tapi orang cina masih tak maafkan BN...


Jadi bangsa mana yang tak reti nak maafkan orang kalau bukan bangsa cina??

MCA kena ingat undi yang MCA dapat sekarang nie undi orang Melayu bukannya dari undi cina..

Bab nak bawa balik abu mayat tu pulak aku rasa eloklah MCA diam saja sebab yang terkorban semasa menentang komunis dulu pun semuanya pejuang Melayu.. Askar askar dan Polis polis Melayu serta penduduk kampung jadi mangsa kekejaman Komunis.. Biarkan kerajan Melayu yang buat keputusan..
Selain parti pembangkang, MCA hari ini turut mendesak kerajaan membenarkan abu mayat Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya Chin Peng di bawa masuk ke Malaysia demi menghormati Perjanjian Hatyai.

Naib Presiden parti komponen Barisan Nasional (BN) itu, Gan Ping Siew berkata, masyarakat antarabangsa akan memandang sinis terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekiranya terus melarang abu mayat Chin Peng ditanam di negara ini.

"Kubur Karl Marx sekali pun ditempatkan di tengah ibu kota London walaupun empayar British menderita akibat ideologi Komunis yang dibawanya," kata Gan dalam dalam satu kenyataan.

Malah kata Gan tindakan yang diambil kerajaan itu hanya akan menambah derita negara sementara penduduk komunis di negara ini dan rakyat akan terus terseksa dengan saki baki peperangan terdahulu.

"Perjanjian Damai Hatyai memperuntukan jaminan kerajaan terhadap mereka yang meletakkan senjata...ia seharusnya turut terpakai terhadap mendiang Chin Peng," kata Gan.

Jelasnya lagi, meskipun Jepun pernah menjajah Malaysia suatu ketika dahulu, negara ini tetap mengadakan hubungan diplomatik dengan negara itu termasuk Chin Peng.

Kata Gan, semua agama menuntut penganutnya mengamalkan budaya memaafkan.

Untuk rekod, Putrajaya sebelum ini menolak gesaan agar abu mayat pemimpin Komunis itu di bawa ke negara ini.

Najib berkata berkata kerajaan tidak akan mempertimbang sebarang permintaan daripada anggota keluarga Chin Peng supaya mayat bekas pemimpin PKM itu dibawa pulang ke negara ini untuk urusan pengebumian.

Menurutnya lagi bekas ketua pemimpin komunis yang meninggal dunia di Bangkok itu akan terus diingati sebagai pemimpin pengganas yang terlibat melakukan pelbagai kekejaman terhadap rakyat dan serangan ke atas pasukan keselamatan.

Chin Peng dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok kira-kira jam 6.20 pagi, pada 16 September kerana sakit tua.

Beliau dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di Sitiawan

No comments:

Post a Comment