Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd. Noor menyifatkan kepimpinan parti itu hanya melihat penyertaan orang Melayu di dalam parti berkenaan sebagai "ahli 50 sen" yang tidak mendatangkan kepentingan kepada parti.
Bagaimanapun tegasnya, kepimpinan parti lupa bahawa tanpa wujudnya ahli 50 sen ini parti tidak mampu mencukupkan jumlah satu juta yang mahu dikumpulkan.
"Dengan hanya meletakkan tiga, empat orang pemimpin Melayu, DAP dengan bangganya mengakui mereka sebagai parti berbilang bangsa.
"Oleh itu saya akan bertanding dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang akan diadakan pada Kongres Khas Parti yang dijadualkan hujung bulan ini bagi menguji ketelusan parti dalam memperjuangkan ideologi Malaysia Malaysia yang selama ini dialungkan," katanya.
No comments:
Post a Comment