Wednesday 11 September 2013

Pengunaan Kalimah ALLAH Di Salahguna Lagi


Blog mahamissa.blogspot.com ada post gambar-gambar mengenai satu majlis anjuran Penang Diocesan Migrant Ministry (DMM) di Teluk Intan baru-baru ini. Heboh dikatakan orang-orang India juga hendak guna kalimah Allah berdasarkan gambar-gambar yang dirakamkan pada majlis itu.

Tetapi bila ditinjau laman FB pertubuhan ini, mereka adalah pertubuhan yang menaungi golongan imigran yang menganut kristian atau telah dikristiankan. Tidak dapat dipastikan sama ada mereka dikepalai India Kristian, tetapi pertubuhan ini tumbuh subur di Pulau Pinang dan semakin aktif menjelajah di luar Pulau Pinang.


Hairannya, kalau dilihat posting-posting terawal akaun FB kumpulan ini, mereka lebih banyak menggunakan istilah Jesus atau God, tetapi pada program-program terkini termasuk di Teluk Intan, Perak baru-baru ini, mereka menggunakan kalimah Allah secara meluas, malahan secara terbuka.

Mahkamah belum pun buat keputusan mengenai penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, tetapi kumpulan ini sudah berani menggunakannya secara terbuka. Keputusan mahkamah adalah bersifat nasional, tidak tahulah kalau kerajaan DAP Pulau Pinang sudah membuat keputusan sendiri membenarkan kumpulan ini berbuat demikian.


Maklum sahajalah, Guan Eng adalah pemimpin yang mendesak kerajaan membenarkan pengunaan kalimah Allah kepada bukan Islam. 

Selepas itu, pihak gereja membuat tuntutan di mahkamah. Tidak mustahil, pertubuhan-pertubuhan seperti DMM ini juga akan berani membuat tuntutan yang sama atas prinsip hak asasi. Perlembagaan negara yang meletakkan Islam di kedudukan paling tinggi sedikit demi sedikit cuba dihakit, dicabar, dicabar dan terus dicabar.

Orang Islam kat Malaysia ini yang menjadi majoriti pula bertelagah dan bercakaran malah ada yang tanpa segan silu menyokong gerakan-gerakan ini.

1 comment:

  1. golongan muslim mula tidak nampak perpaduan...golongan lain dah berani ambil kesempatan..

    ReplyDelete