Saturday, 19 October 2013

Ali Rustam Dan Isa Samad Tewas Pemilihan

ali rustam isa samad

DUA calon bagi jawatan Naib Presiden UMNO iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Felda,  Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad kalah dalam merebut jawatan ketiga tertinggi UMNO itu.
Mereka sudah boleh dikira  tewas kerana kini hanya berbaki kira-kira 60 bahagian UMNO yang belum diketahui keputusannya, kedua-dua calon itu gagal melepasi undi minimum, iaitu sekurang-kurangnya 96 undi daripada 191 bahagian.
Mohd Isa dan Mohd Ali masing-masing hanya memperoleh lapan dan tujuh undi setakat ini.
Jika mereka mendapat undi daripada semua baki 60 bahagian itu, jumlah undi tertinggi mereka hanya 68 dan 67, jauh di bawah 96 undi minimum.
Ketika ini, dua penyandang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berjaya mempertahankan jawatan apabila masing-masing memperoleh 130 dan 119 undi.
Saingan bagi tempat ketiga jawatan Naib Presiden masih terbuka antara Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang kini mendapat 73 undi dan Datuk Mukhriz Mahathir mendapat 57 undi.
Ali Rustam Dan Isa Samad Tewas Pemilihanhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/ali-rustam-isa-samad.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/ali-rustam-isa-samad-150x150.jpgIbnu MNHPilihan Raya Umum Ke 13Utama,

No comments:

Post a Comment