Saturday, 19 October 2013

Seperti Dijangka – Zahid Nampak Sebagai Pilihan Utama

Setakat ini masih terlalu awal untuk meramal apa pun secara pasti…

Namun, persepsi banyak pihak sebelum ini bahawa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon pilihan untuk mengekalkan jawatan Naib Presiden UMNO memperlihatkan tanda kebenaran.

Setakat ini, sudah dua bahagian iaitu UMNO Cheras dan Bukit Bendera mencalonkan Zahid untuk jawatan itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang sebelum dikatakan berada dalam kedudukan yang lemah juga memperlihatkan tanda kebangkitan apabila turut sama mendapat sokongan kedua bahagian berkenaan.

Manakala Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir menerima satu undi dari UMNO Cheras dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam menerima satu undi daripada bahagian UMNO Bukit Bendera.

Secara keseluruhan, sebanyak 191 bahagian UMNO seluruh negara akan menentukan 3 pemenang daripada 6 nama yang bertanding untuk jawatan Naib Presiden UMNO.

Keputusan rasmi dijangka diketahui lawat malam.

Selain daripada yang disebutkan di atas, dua lagi nama ialah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Abdul Samad dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

No comments:

Post a Comment