Sunday 27 October 2013

ISU KORBAN - P Kamalanathan buat pandai bela Saravanan isu korban lembu di sekolah!!

Teringat ketika PRK Hulu Selangor 2009 apabila nama calon BN ketika itu, P. Kamalanathan diuar-uarkan sebagai gabungan nama-nama pelbagai kaum di Malaysia.

Kamal + Alan + Nathan = Kamalanathan. Ketika itu mesej yang mahu diberi kepada pengundi ialah Kamalanathan bukan sekadar calon orang India semata-mata, tetapi adalah pemimpin untuk semua. Mudah kata, Kamalanathan "memahami" kehendak dan aspirasi semua kaum. Lebih kurang begitulah. 

Kamalanathan akhirnya menang dengan sokongan kuat orang Melayu yang mewakili 52 peratus daripada lebih 34,000 pengundi ketika itu. Beliau sekali lagi menang pada PRU-13, juga dengan ihsan majoriti undi Melayu. Atas kemenangannya itu juga membolehkan beliau dilantik jadi Timbalan Menteri Pendidikan.

Namun, kenyataan Kamalanathan dalam menangani isu seorang India mempertikaikan ibadah korban di sekolah baru-baru ini membuatkan orang Melayu terguris hati. Saya percaya orang Melayu Hulu Selangor juga begitu.

Kita memahami isu ini sensitif kerana ia isu agama dan kaum, tetapi tindakan mempersoalkan lokasi ibadah korban itu tanpa memahami takrifan ibadah itu kepada umat Islam adalah tidak wajar. Kalau tidak faham, jangan terlalu mudah buat justifikasi mengatakan "tempat itu tidak sesuai".

Kamalanathan tidak wajar buat kenyataan sehingga menimbulkan kecenderungan pihak tertentu untuk menilai ibadah korban mengikut fahaman agama lain. Itu satu bentuk provokasi kepada umat Islam.

Jangan hanya "memahami" orang Melayu pada musim pilihan raya tetapi "mengkhianati" mereka apabila sudah menjadi menteri.

No comments:

Post a Comment