BERIKUTAN tersebarnya laman Facebook suspek pembunuh pegawai Ambank di Subang Jaya dengan nama sebenarnya Ardi Ode Putra Katela, rupa-rupanya ada tiga orang rakan
Facebooknya suspek turut bertugas sebagai pengawal keselamatan.
Seorang daripadanya bernama Aher Putra Wa Rumber kini dikatakan dalam kebimbangan ekoran kes melibatkan rakannya Facebooknya itu.
Dalam beberapa status yang dimuatnaik olehnya, ada status yang menyebut untuk keluar makan pun dia takut bimbang terjadi apa-apa yang tidak diingini.
Setakat ini, pihak polis masih belum menahan atau memberkas suspek selepas kes berkenaan berlaku 23 Oktober lepas sudah masuh hari kelima selepas kejadian itu.
Rakan suspek ini, turut bertugas sebagai pengawal keselamatan di negara ini tanpa mengetahui status sebenar adakah mengikut peraturan atau tidak seperti ditetapkan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Terdapat sedikit kebimbangan apabila rakan suspek yang bertugas sebagai pengawal keselamatan banyak meminati beberapa jenis laman berunsur seks seperti yang dapat dilihat melalui Facebooknya, tidakkah ia termasuk juga dalam proses tapisan yang perlu dijalankan oleh KDN?
Diharapkan pihak berkuasa menyedari perkembangan terbaru yang sudah pun tersebar di laman-laman blog di internet berkenaan identiti sebenar suspek dan juga rakan-rakannya.
No comments:
Post a Comment