Wednesday, 13 November 2013

Batman Dipenjara Di Singapura, Curi Kad ATM Abangnya

Batman Dipenjara Di Singapura, Curi Kad ATM Abangnya!

SINGAPURA – Seorang warga Singapura yang mempunyai nama mirip watak adi wira Superman dan Batman telah dihukum penjara selama dua tahun dan enam bulan kelmarin selepas didapati bersalah melakukan beberapa perbuatan jenayah.

Menurut beberapa laporan media, nama warga Singapura itu yang tercatat pada kad pengenalannya ialah Batman bin Suparman.
Batman yang berusia 23 tahun dan merupakan seorang penganggur itu didapati bersalah mencuri kad mesin teler automatik milik abangnya, Nurazman Suparman dengan tujuan untuk mengeluarkan wang berjumlah S$850 (RM2,183).

Satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia memecah masuk bangunan SGF Billards & Marketing di Jalan Depot di sini dalam dua kejadian berasingan dan mencuri sebanyak S$500 (RM1,284).
Dia juga mengaku salah menggunakan dadah heroin antara Jun dan Ogos tahun ini.

No comments:

Post a Comment