Wednesday 13 November 2013

Senyap Senyap Harga RON97 Turun Tengah Malam Tadi

minyak-RON97

RUPA-RUPANYA hari ini harga minyak petrol RON97 telah pun diturunkan 10 sen kepada RM2.75 berkuatkuasa tengah malam tadi tetapi ia dilakukan secara senyap-senyap.
Harga sebelum ini ialah RM2.85.

Malaysian Digest mengesahkan penurunan harga itu selepas menghantar wartawan mereka ke lokasi ke beberapa stesen minyak di ibu negara Kuala Lumpur.

Faktor mengapa, penurunan harga itu dilakukan secara diam-diam ialah bagi mengelakkan para pemandu menangguhkan pengisian minyak mereka.

Jika mereka mengetahui berkenaan penurunan harga itu awal, mereka akan menangguhkan untuk mengisi petrol dan stesen minyak akan menanggung kerugian.
Minyak RON97 turun selepas kira-kira dua bulan harga petrol jenis itu dinaikkan di mana kenaikan sebanyak 15 sen dari RM2.70 sen sebelum ini.

Bagaimanapun, RON95 kekal pada RM2.10  seliter manakala diesel pada RM2 seliter.
Tidak seperti RON95, harga RON97 ditentukan oleh peredaran pasaran dan kerajaan tidak perlu mengumumkan penurunan atau kenaikan bahan api jenis itu.

No comments:

Post a Comment