Friday, 8 November 2013

Blogger gay siar video lakukan seks songsang bersama remaja 16 tahun

jabatan-penapisan4KUALA LUMPUR – Menjijikkan. Itulah kata-kata paling tepat untuk menggambarkan kelakuan seorang lelaki gay yang memuat naik gambar dan video dia sedang melakukan hubungan seks dengan pasangan sejenis termasuk remaja bawah umur.
Tanpa rasa segan silu, pemilik blog http://hoodyboy86.blogspot.com itu menceritakan pengalaman setiap kali melakukan hubungan sejenis sebelum memuat naik gambar dan video dia bercumbu dan melakukan perbuatan keji itu.
Berdasarkan gambar dan video berkenaan, pemilik blog berkenaan telah melakukan hubungan songsang dengan lebih daripada seorang ‘teman lelaki’ termasuk bersama remaja berusia 16 tahun yang baru menjalani peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu.
Paling mengejutkan, lelaki itu secara terbuka mengaku telah memperdaya ramai remaja bawah umur yang dilabelnya sebagai ‘anak ikan’ untuk melempiaskan nafsu seks songsangnya.
New Malaysian Post mendapati, rata-rata pengikut blog berkenaan merupakan golongan gay termasuk pondan-pondan yang menjadikan laman itu sebagai tempat mencari kenalan baru dan berkongsi ‘pengalaman’ masing-masing.retapis1
Lebih menjijikkan, pengikut blog berkenaan juga dimestikan terlebih dahulu mengirim gambar bahagian sulit mereka sebelum dibenarkan berinteraksi di laman tersebut.
Pendedahan mengenai kewujudan blog berkenaan menyebabkan blogger terbabit menerima kecaman umum termasuk ada yang mendesaknya supaya segera menutup laman tersebut kerana jelas menyentuh sensitiviti masyarakat.
Selain itu, ada juga yang mendesak supaya pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak tegas termasuk mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.
retapis2Tinjauan New Malaysian Post pagi ini bagaimanapun mendapati, blog berkenaan tidak lagi terbuka kepada tatapan umum, sebaliknya hanya boleh diakses kepada mereka yang menerima jemputan melalui emel.
Isu hubungan sejenis terus menjadi isu hangat di Malaysia selepas wujud dakwaan ada usaha pihak tertentu untuk mengiktiraf golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini termasuk mendesak kerajaan membenarkan program seperti Seksualiti Merdeka sebelum ini.
Terbaru, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk dari Malaysia yang dikenali sebagai Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) telah membuat tuntutan kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mendesak Malaysia mengiktiraf golongan LGBT.retapis3
Selain itu, Comango turut menunt hak kebebasan orientasi seks, hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan hak kesamarataan agama di Malaysia. – New Malaysian Post

No comments:

Post a Comment