Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke mendakwa, kerajaan telah membelanjakan RM489 ribu bagi setiap penerbangan yang dilakukan pada 2012.
Sepintas lalu, jumlah itu sangat tinggi dan tidak terjangkau oleh logik. Namun, sebelum kita membuat justifikasi, kita lihat dahulu bagaimana Anthony membuat kiraan.
Pemimpin DAP ini mengambil jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berhubung kos bahan api pesawat yang digunakan pemimpin negara sepanjang tahun lalu yang berjumlah RM182.03 juta melibatkan 373 penerbangan sama ada dalam dan luar negara.
Jumlah itu melibatkan RM14.951 juta (kos bahan api) dan RM167.079 (penyelenggaraan) untuk tujuh pesawat yang diistilah sebagai pesawat eksekutif (VVIP) kerajaan iaitu Falcon, Global Ekspress, Boeing Business Jet, Blackhawk, Fokker F28 serta dua unit pesawat Agusta.
Anthony mencampurkan kedua-duanya (kos bahan api + penyelenggaraan) dan membahagikannya kepada 373 penerbangan, maka dapatlah angka RM489 ribu yang disebut sebagai kos bagi setiap penerbangan.
Perlu diakui, masih ada ruang untuk mengurangkan kos, tetapi banyak perkara yang perlu kita faham nilai secara objektif sebelum membuat andaian.
Untuk pengetahuan, pesawat-pesawat yang disewa dan diselenggara itu bukan sahaja digunakan oleh PM dan TPM, tetapi juga oleh Yang Di-Pertuan Agong. Mereka ini pemimpin negara yang turut tertakhluk dengan protokol-protokol yang bukan sedikit.
Bagi lawatan-lawatan rasmi, selalunya pemimpin negara termasuk Agong dan PM akan diberi sambutan rasmi. Ketepatan waktu adalah faktor yang sangat kritikal. PM misalnya, sambutan rasmi bukan kerana beliau adalah Najib, tetapi beliau adalah wakil negara, bermakna ia patut dilihat sebagai penghormatan kepada negara.
Ini bermakna, penggunaan pesawat ini juga sangati berkait rapat dengan kepentingan negara. Perdana Menteri harus sampai ke satu-satu tempat itu tepat pada masanya. Bayangkan kalau Yang Di-Pertuan Agong atau PM menaiki penerbangan komersial dan berlaku kelewatan atau penangguhan, ia memberi kesan yang negatif malah boleh memalukan negara.
Begitu juga penggunaan pesawat tersebut dalam negara. Bayangkan PM berada di Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi dan perlu berada di Alor Setar, Kedah pada pukul 11 pagi, kemudian memenuhi jadual menghadiri mesyuarat penting di ibu negara pada sebelah petang seterusnya perlu berada di lapangan terbang untuk lawatan rasmi ke luar negara.
Dalam keadaan tertentu, ada lokasi yang tidak menyediakan penerbangan kelas pertama, malah jika berlaku kekerapan penerbangan dalam satu hari, kosnya lebih tinggi jika menyewa kapal terbang komersial.
Anthony juga bising-bising fasal kos penyelenggaraan pesawat berkenaan. Wajar difahami, penyelenggaraan ini penting kerana kerajaan perlu memastikan pemimpin-pemimpin negara selamat untuk terbang menggunakan pesawat ekskutif tersebut.
Jika tidak diselenggara dengan sempurna, ia boleh membawa kepada risiko. Saya percaya, jika ada berlaku sesuatu dalam soal keselamatan, pembangkang juga akan menghentam kerajaan dengan bermacam tuduhan.
Nota: Teringat DS Anwar bawa rakan-rakan PR berkempen di Sabah naik jet yang biasa disewa dengan kos RM50,000 sehari. Ketika itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua kata jangan jadikan isu sebab sewa jet itu murah je
No comments:
Post a Comment