PUTRAJAYA: Sebanyak 49 pertubuhan haram termasuk kongsi gelap yang diwartakan akan diumumkan selewat-lewatnya esok, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menurutnya, semua senarai berkenaan yang akan diumumkan merangkumi nama pertubuhan serta lokasi aktiviti dan ia akan diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Radzi.
"Langkah ini bertujuan memberi kesedaran kepada semua pihak serta rakyat mengenai kewujudan pertubuhan haram di negara ini," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Duta Poland Adam Waclaw Jelonek di sini, sebentar tadi.
No comments:
Post a Comment