Syarafuddin Syazwan Rizauddin,11, Syahir Syafi Rizauddin,8, dan adik perempuan mereka Syauratul Syafiah,6, dilaporkan hilang dari rumah mereka antara jam 2 hingga 6 petang.
Ibu mereka, Safarela Azwa Ishak,36, berkata beliau menyedari kehilangan ketiga anak kesayangan itu sewaktu pulang dari tempat kerja di Batu Gajah kira-kira jam 6 petang.
“Saya ingatkan ayah mereka ambil, lepas itu saya biarlah sehingga hampir pukul 7 malam. Saya rasa itu bukan waktu ayah mereka selalu buat dan saya dimaklumkan anak-anak bukan dengan dia,” katanya ketika ditemui di rumahnya petang ini.
Menurut Safarela, anak-anaknya itu tidak pernah keluar dari rumah tanpa kebenarannya.
Beliau memberi gambaran bahawa anak perempuannya memakai beg silang berwarna merah jambu, berbaju merah dengan tulisan di depan `I love Singapore', manakala anak keduanya memakai baju berwarna hijau muda, berseluar bermuda dan anak sulongnya memakai jersi Brazil dan seluar berwarna biru gelap.
Ibu tunggal itu berharap ketiga-tiga anaknya pulang dalam keadaan yang selamat.
Kepada sesiapa yang menjumpai ketiga beradik ini diminta menghubungi ibu mereka di nombor 013-3300197 atau bapa mereka019-5700199
No comments:
Post a Comment